Isnin, 13 Januari 2014

SOALAN 9 ( PENYATA KEWANGAN )

       Berikut ialah Imbangan Duga Perniagaan Shuhada, sebuah perniagaan runcit Milikan tunggal pada 31 Mac 2006.
Imbangan Duga pada 31 Mac 2006

Debit (RM)
Kredit (RM)
Stok pada 1 April 2005
1 150

Penghutang dan Pemiutang
5 340
7 315
Komputer
10 000

Pulangan
285

Ambilan
360

Angkutan keluar
470

Bank
10 200

Gaji
5 240

Kadar bayaran
1 320

Promosi
640

Diskaun diterima

230
Susut nilai terkumpul premis

6 500
Modal pada 1 April 2005

68 400
Insurans
1 200

Belian dan Jualan
57 400
85 260
Belanja am
500

Perabot (kos)
8 600

Premis (kos)
65 000


167 705
167 705

Maklumat Tambahan:
              i.        Stok pada 31 Mac 2006 bernilai RM10 600
             ii.        Jualan tunai dibankkan RM800 telah didebitkan dalam akaun jualan dan dikreditkan dalam akaun bank.
            iii.        Hutang RM340 dihapuskan kerana seorang penghutang didapati muflis.
           iv.        Peruntukan hutang ragu diwujudkan 5% atas penghutang bersih.
            v.        Belian termasuk belian alat tulis RM1 400
           vi.        Kadar bayaran terakru RM230 dan terdahulu RM180

          vii.        Polisi susut nilai adalah seperti berikut:
a.    Susut nilai perabot 10% setahun atas kos.
b.    Susut nilai premis 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan
c.    Computer mempunyai jangka hayat 5 tahun dan nilai skrap pada tahun kelima adalah RM1 500\


a.    Sediakan Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Mac 2006
b.    Sediakan Kunci Kira-Kira pada 31 Mac 2006 dalam bentuk penyata (tunjukkan modal kerja)
c.    Namakan jenis kesilapan dalam (ii) dan (v) dan tunjukkan catatan jurnal tanpa keterangan
d.    Anda dikehendaki menghitung :
                       i.        Pulangan atads modal
                      ii.        Margin untung bersih

                     iii.        Nisbah semasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan