“Jual barang niaga secara kredit kepada Kedai Runcit Maju sebanyak RM1 000, kurang 10% diskaun niaga.”
Bagi urusniaga yang berlaku,
i) Nyatakan dokumen yang terlibat. [1 markah]
ii) Tunjukkan catatan di lejar (nyatakan butir dan jumlah).
RM Kedai Runcit Maju RM
[2 markah]
b)
Syarikat Shahizam Maju Berhad telah didaftarkan dengan 2 000 000 unit saham biasa dengan harga RM1.00 sesaham dan 1 000 000 unit 8% saham keutamaan bernilai RM2.00 sesaham. Syarikat telah menerbitkan 1 500 000 unit saham biasa dan 500 000 unit saham keutamaan yang telah dipohon dan dibayar penuh.
Pada 30 Jun 2012, syarikat telah mengisytiharkan dividen interim 5% bagi pemegang saham biasa dan juga saham keutamaan. Pada akhir tahun kewangan 31 Disember 2012, dividen akhir saham biasa sebanyak 7% telah diisytiharkan.
Anda dikehendaki menghitung:
i) Modal diterbitkan [2 markah]
ii) Dividen akhir saham keutamaan [1 markah]
c) Nyatakan konsep perakaunan yang terlibat dalam urus niaga di bawah.
i) Encik Rajoo tidak merekodkan bayaran untuk bil elektrik kediamannya ke dalam akaun perniagaan.
ii) Sewa belum terima diambil kira untuk menentukan keuntungan bagi sesuatu tempoh perakaunan,
[2 markah]
d) Maklumat berkaitan Puan Suria, seorang Akauntan di sebuah firma adalah
seperti berikut:
RM
Gaji kasar 4 450
Elaun sara hidup 300
Elaun perjalanan 150
Caruman KWSP pekerja 473
Hitungkan gaji bersih Puan Suria. [2 markah]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan