Jumaat, 17 Januari 2014

SOALAN 21 - 23 (PENYATA KEWANGAN)

1.    Berikut ialah Imbangan Duga Syarikat Delima Trading pada 31 Mac 20X3

Imbangan Duga pada 31 Mac 20X3

Debit (RM)
Kredit (RM)
Stok pada 1 April 20X2
20 530

Alat tulis
400

Belian dan Jualan
81 560
171 390
Tunai
2 100

Penghutang dan Pemiutang
16 800
13 040
Angkutan masuk
640

Modal pada 1 April 20X2

92 000
Sewa
8 800

Bank
52 000

Diskaun

960
Kenderaan
53 000

Susut nilai terkumpul kenderaan

3 300
Insurans
2 160

Pulangan
520
260
Gaji
18 000

Perabot
17 020

Kadar bayaran
3 780

Komisen

400
Angkutan keluar
3 060

Ambilan
1 320


281 690
281 690

Maklumat Tambahan:
                      i.        Stok pada 31 Mac 20X2 bernilai RM22 100
                     ii.        Peruntukan hutang ragu diwujudkan pada kadar 5% atas penghutang.
                    iii.        Sewa tahunan ialah RM9 600
                   iv.        Kenderaan disusutnilaikan 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan
                    v.        Kadar bayaran terdahulu RM270
                   vi.        Komisen sebanyak RM450 masih belum diterima
Sediakan:
a.    Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Mac 20X3
b.    Kunci Kira –Kira pada 31 Mac 20X3


_____________________________________________________________________ 

                                                                   
2.    Imbangan Duga berikut diambil daripada Perusahaan Merpati pada 31 Julai 20X3.

Imbangan Duga pada 31 Julai 20X3

Debit (RM)
Kredit (RM)
Kenderaan (kos)
57 000

Gaji
18 000

Bank

9 315
Angkutan masuk
570

Kadar Bayaran
2 955

Belian dan Jualan
170 190
229 710
Tunai
22 620

Belanja am
345

Modal pada 1 Ogos 20X2

109 995
Diskaun
810

Pulangan

300
Angkutan keluar
1230

Peruntukan hutang ragu

1 440
Alat tulis
180

Stok pada 1 Ogos 20X2
37 500

Alatan Pejabat (kos)
7 800

Penghutang dan Pemiutang
38 400
23 940
Insurans
3 600

Lengkapan
4 500

Komisen

7 500
Sewa
16 500


382 200
382 200

Maklumat Tambahan
                      i.        Stok pada 31 Julai 20X3 bernilai RM30 870 
                     ii.        Peruntukan hutang ragu diselaraskan 5% atas penghutang
                    iii.        Kenderaan disusutnilai 10% setahun atas kos
                   iv.        Sewa bulanan ialah RM1 500.
                    v.        Termasuk dalam gaji ialah gaji bulan Ogos 20X3 sebanyak RM300
                   vi.        Insurans yang dibayar adalah untuk tempoh 1 Januari 20X3 sehingga 31 Disember 20X3.
Sediakan:
a.    Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Julai 20X3
b.    Kunci Kira-Kira pada 31 Julai 20X3 (dalam bentuk penyata dan tunjukkan modal kerja)
 ________________________________________________________________________

3.    Baki-baki berikut diambil daripada buku-buku Syarikat Mansur pada 30 November 20X3.

RM
Sewa dibayar
14 400
Perabot
20 100
Tunai
1 680
Bank
20 430
Modal pada 1 Disember 20X2
45 520
Angkutan keluar
960
Gaji
16 200
Belian
62 400
Penghutang
22 600
Diskaun diterima
1 590
Angkutan masuk
900
Pulangan belian
1 476
Ambilan
870
Diskaun diberi
330
Komisen diterima
1 840
Lengkapan
17 000
Belanja am
250
Stok pada 1 Disember 20X2
30 180
Insurans
4 800
Kadar bayaran
1 770
Susut nilai terkumpul perabot
2 000
Pemiutang
14 560
Jualan
147 884

Maklumat Tambahan:
                      i.        Stok pada 30 November 20X3 bernilai RM35 900
                     ii.        Gaji terakru berjumlah RM1 500
                    iii.        Kadar bayaran terdahulu RM160
                   iv.        Insurans dibayar untuk tempoh setahun bermula 1 Januari 20X3.
                    v.        Peruntukan hutang ragu diwujudkan pada kadar 5% atas penghutang.
                   vi.        Perabot disusutnilaikan 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan.

Sediakan
a.    Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 30 November 20X3
b.    Kunci Kira-Kira pada 30 November 20X3 (dalam bentuk penyat dan tunjukkan modal kerja)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan