Sabtu, 11 Januari 2014

SOALAN 4 ( PENYATA KEWANGAN )

SOALAN 4 

          Cik Priya ialah pemilik Priya Enterprise yang beroperasi di Green Lane Pulau Pinang. Berikut ialah maklumat yang diperolehi daripada buku-buku perniagaannya.

Imbangan Duga pada 30 April 2012

Debit (RM)
Kredit (RM)
Modal pada 1 Mei 2011

105 000
Ambilan
12 000

Pulangan masuk
450

Pulangan keluar

1 102
Pinjaman bank (tarikh matang 30 April 2015)

50 000
Faedah atas pinjaman
2 000

Belian dan Jualan
52 800
147 030
Penghutang dan Pemiutang
29 900
14 067
Alat tulis
2 365

Bank
76 155

Tunai
496

Komisen

760
Hutang lapuk
500

Peruntukan hutang ragu

330
Gaji
18 000

Diskaun diberi
570

Perabot (kos)
38 750

Kenderaan (kos)
80 000

Angkutan masuk
1 000

Stok pada 1 Mei 2011
14 397

Kadar bayaran
1 756

Insuran
900

Sewa
10 000

Susut nilai terkumpul kenderaan

16 000
Susut nilai terkumpul perabot

7 750

342 039
342 039

Maklumat Tambahan
                      i.        Stok pada 30 April 2012 berjumlah RM11 660 mengikut harga kos dan                RM12 500 mengikut harga pasaran
                     ii.        Alat tulis belum digunakan RM285
                    iii.        Faedah atas pinjaman 6% setahun
                   iv.        Komisen tahunan RM4 360
                    v.        Gaji bulanan setiap pekerja adalah RM800. Cik Priya mempunyai 2 orang pekerja sehingga 30 April 2012
                   vi.        Pada 30 April 2012, seorang penghutang didapati muflis dan hutang RM 900 dihapuskan sebagai hutang lapuk. Perkara ini belum direkodkan.
                  vii.        Peruntukan hutang ragu diselaraskan 2% atas penghutang bersih.
                 viii.        Polisi susut nilai :
Perabot 20% setahun mengikut kaedah baki berkurangan
Kenderaan 10% setahun atas kos.
                   ix.        Belanja membaiki kenderaan RM2 000 telah tersalah rekod dalam Akaun Belian. Kesilapan ini belum dibetulkan.


Anda dikehendaki menyediakan
a.    Penyata pendapatan bagi tahun berakhir 30 April 2012                                (11 M)
b.    Kunci kira-kira pada 30 April 2012 (tunjukkan modal kerja)                           (12 M)

c.    Jurnal Am untuk mencatatkan pembetulan bagi kesilapan (ix).                     (2 M)  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan