Isnin, 13 Januari 2014

SOALAN 8 (PENYATA KEWANGAN)

        Kedai Runcit Vanessa beroperasi di Jalan Penang, Pulau Pinang. Berikut ialah baki-baki akaun yang diperoleh daripada buku-buku perniagaan pada 30 Jun 2009


Debit (RM)
Kredit (RM)
Penghutang dan Pemiutang
4 650
2 890
Insurans

480
Kadar bayaran
1 060

Diskaun diberi

310
Sewa
7 200

Kenderaan (kos)
10 000

Peruntukan hutang ragu
550

Ambilan
160

Modal pada 1 Julai 2008

?
Pulangan jualan

230
Stok pada 1 Julai 2008
6 210

Bank
4 200

Angkutan masuk

180
Perabot (kos)
7 600

Belian dan Jualan
18 670
38 800
Gaji

6 290

67 240
67 240

Maklumat Tambahan
              i.        Stok pada 30 Jun 2009 bernilai RM7 100.
             ii.        Pulangan jualan RM600 belum direkod dalam mana-mana buku termasuk dalam kad stok.
            iii.        Pemilik membawa masuk perabot RM2 000 untuk kegunaan perniagaan. Perkara ini belum direkod lagi.
           iv.        Gaji tahunan RM7 000
            v.        Insurans yang dibayar pada 1 Oktober 2008 adalah untuk tempoh setahun.
           vi.        Terima cek RM2 600 daripada penghutang dan diskaun diberi sebanyak RM260 belum direkod dalam mana-mana buku.
          vii.        Peruntukan hutang ragu dikurangkan sebanyak RM110.
         viii.        Susut nilai kenderaan ditetapkan pada kadar 10% setahun atas kos.
           ix.        Hutang lapuk pulih RM500 yang digunakan untuk membayar bil elektrik dan kediaman pemilik belum direkod lagi.



a.       Imbangan Duga ini mengandungi beberapa kesilapan. Anda dikehendaki mengemaskini  Imbangan Duga tersebut dengan menunjukkan nilai modal tanpa mengambilkira maklumat  tambahan.
b.      Sediakan Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 30 Jun 2009.
c.      Sediakan Kunci Kira-Kira pada 30 Jun 2009 dalam bentuk penyata (tunjukkan modal kerja)

d.      Sediakan akaun penghutang untuk menunjukkan baki terkini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan