Ahad, 12 Januari 2014

BAHAGIAN A (S1)

1)
a) Catatkan urus niaga berikut di dalam Jurnal Am (abaikan keterangan)

" Membeli sebuah komputer RM 2 000 daripada Syarikat Setia Berhad"

b) Nyatakan prinsip dan andaian perakaunan yang diamalkan bagi setiap situasi di bawah :
  i) Pemilik menjelaskan bil elektrik rumahnya tetapi tidak direkodkan di dalam buku perniagaan.
 ii) Penyata kewangan bagi Perniagaan Cekal telah disediakan berdasarkan semua urus niaga yang berlaku         sepanjang 1 April 2012 hingga 31 Mac 2013.

c) Nyatakan akaun yang perlu didebitkan dan dikreditkan bagi setiap murus niaga
i) Menjual barang niaga secara kredit kepada Raju
ii) Membeli perabot secara tunai untuk kegunaan perniagaan

d) Berikan satu contoh akaun bagi setiap yang berikut :
i) akaun nominal
ii) akaun nyata

e) Maklumat berikut menunjukkan data gaji En. Wafi

Gaji pokok                              RM 2 500
Elaun perumahan                     RM 400
Elaun sara hidup                      RM 200
Potongan cukai berjadual        RM 160
Caruman PERKESO              RM 15
Caruman KWSP                    RM 275

Berapakah:
i)  gaji kasar
ii) gaji bersih



soalan dari SPM 2013 3756/2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan