Isnin, 13 Januari 2014

SOALAN 6 (PENYATA KEWANGAN)

       Kedai Alatan Sukan Farisham beroperasi di Seksyen 7 Shah Alam. Berikut ialah baki-baki akaun yang diperoleh daripada buku-buku perniagaan pada 30 Jun 2012.

Debit (RM)
Kredit (RM)
Modal pada 1 Julai 2011
           
213 065
Tunai
1 240

Sewa
8 400

Angkutan masuk
190

Gaji
16 000

Kenderaan (kos)
19 000

Susut nilai terkumpul kenderaan

950
Diskaun
240

Duti atas belian
1 460

Bank
73 750

Kadar bayaran
985

Belian dan Jualan
57 730
110 375
Peruntukan hutang ragu

980
Penghutang dan Pemiutang
12 800
10 660
Stok pada 1 Julai 2011
12 500

Promosi
820

Belanja am
600

Pulangan
480
675
Hutang lapuk terpulih

840
Lengkapan (kos)
20 000

Insurans
960

Angkutan keluar 
890

Simpanan tetap
8 000

Premis
100 000

Ambilan
1 500


337 545
337 545
Maklumat tambahan :
              i.        Stok pada 30 Jun 2012 bernilai RM11 770 pada harga kos dan RM12 570 pada harga pasaran.
             ii.        Satu invois belian barang niaga bernilai RM8 440 terlupa direkodkan dalam mana-mana buku.
            iii.        Insurans di ambil untuk setahun dan berakhir pada 31 oktober 2012
           iv.        Faedah atas simpanan tetap ialah 5% setahun
            v.        Kadar bayaran sebanyak RM1 500 telah tersalah catat di dalam akaun gaji.
           vi.        Polisi susut nilai:
·         Kenderaan 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan.
·         Lengkapan pada kos termasuk lengkapan yag baru dibeli 30 Jun 2012 bernilai RM7 400. Lengkapan disusut nilai 10% setahun atas kos.
          vii.        Peruntukan hutang ragu diselaraskan kepada 5% atas penghutang.

Anda dikehendaki menyediakan :
a.    Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 30 Jun 2012

b.    Kunci Kira-Kira pada 30 Jun 2012. (tunjukkan modal kerja)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan