Isnin, 13 Januari 2014

SOALAN 10 (PENYATA KEWANGAN)

       Berikut ialah Imbangan Duga Perniagaan Qairie, sebuah perniagaan runcit milikan tunggal pada 31 Disember 2006:

Imbangan Duga pada 31 Disember 2006

Debit(RM)
Kredit (RM)
Modal 1 Januari 2006

49 423
Pulangan

542
Stok pada 1 Januari 2006
15 800

Bank
12 350

Penghutang dan pemiutang
9 200
5 400
Insurans
480

Kadar bayaran
2 600

Diskaun

125
Sewa
4 800

Kenderaan(kos)
16 000

Susut nilai terkumpul kenderaan

1 600
Peruntukan hutang ragu

120
Ambilan
420

Angkutan masuk
360

Perabot (kos)
6 400

Belian dan Jualan
54 900
70 400
Gaji
4 300


127 610
127 610




Maklumat Tambahan
                      i.        Stok pada 31 Disember 2006 bernilai RM16 750
                     ii.        Pulangan belian RM240 belum direkod dalam mana-mana buku.
                    iii.        Insurans yang dibayar adalah untuk tempoh setahun yang berakhir 31 Mac 2007.
                   iv.        Susut nilai kenderaan ditetapkan pada kadar 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan.
                    v.        Hutang lapuk dihapuskan RM800 daripada penghutang
                   vi.        Peruntukan hutang ragu diselaraskan pada 2% atas penghutang
                  vii.        Gaji terakru RM200 dan gaji terdahulu RM300
                 viii.        Perabot mempunyai jangka hayat 5 tahun dan nilai skrap pada tahun kelima RM1400
                   ix.        Belian dan Jualan terkurang catat sebanyak RM1 200

a.    Sediakan Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2006.
b.    Sediakan Kunci kira-kira pada 31 Disember 2006 dalam bentuk penyata(tunjukkan modal kerja) 

c.    Nyatakan jenis kesilapan dalam (ix) dan tunjukkan catatan pembetulan dalam Jurnal Am.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan